Salam sejahtera buat semua.
Dalam pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 peringkat kebangsaan, sekolah yang dipilih terbaik bagi keseluruhan ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER).
Pencapaian ini adalah kali kedua buat sekolah ini yang turut dipilih terbaik bagi tahun lepas. Pada tahun 2009, SM Sains Tuanku Munawir mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.97, manakala pada tahun ini pada 0.89.
Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran
Berita ini dipetik daripada laporan di BERNAMA.
Kenapa MRSM PC bukan yang terbaik?
Jika dilihat dalam ranking MRSM bagi keputusan SPM 2010, turut dinyatakan di situ Gred Purata Maktab (GPM) yang sepatutnya sama dari segi maksud dengan GPS. GPM bagi MRSM PC ialah 0.83 menjadikan MRSM PC terbaik dalam kalangan MRSM untuk keputusan SPM 2010.
Jika dibandingkan nilai GPM MRSM PC (0.83) dengan GPS SMS Tuanku Munawir (0.89), sudah tentulah MRSM PC adalah yang terbaik bagi institusi pendidikan di Malaysia bagi keputusan SPM 2010. Adakah anda bersetuju dengan saya?
Jadi, kenapakah bukan MRSM PC yang dipilih sebagai yang terbaik? Telahan saya mungkin kerana perbezaan sistem (MRSM bukan di bawah KPM). Anda rasa?
beliamuda: Tidak kisah siapa yang terbaik. Yang penting, cabaran untuk lepasan SPM melanjutkan pelajaran selepas ini. Sudah adakah hala tuju masing-masing?