Salam sejahtera buat semua.
[Terbaru: Ranking MRSM dalam keputusan SPM 2011!]

Akhirnya, kedudukan penuh bagi seluruh Maktab Rendah Sains MARA di Malaysia dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 telah pun diketahui. Pasti bekas-bekas pelajar, alumni dan ahli Anak Sains MARA (ANSARA) ingin mengetahui bagaimanakah prestasi MRSM masing-masing.
Ranking ini disusun berdasarkan Gred Purata Maktab (GPM) yang dikira daripada keputusan SPM setiap pelajar. Untuk 7 MRSM paling cemerlang SPM 2010, anda boleh semak untuk GPM setiap MRSM terbabit.
Saban tahun, kedudukan ini berubah-ubah dan kebiasaanya MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) @ Bitara akan mendahului senarai empat teratas. Berbeza dengan ranking MRSM SPM 2009, tahun ini empat MRSM teratas didahului oleh MRSM PKP (saya tidak pasti tentang status MRSM Langkawi). Tahun ini juga mencatat pertambahan dua MRSM ke dalam senarai iaitu MRSM Bentong (Pahang) dan MRSM Betong (Sarawak).
Lihat senarai penuh di bawah untuk kedudukan MRSM dalam SPM 2010.
Ranking MRSM SPM 2010
-
Pengkala Chepa
-
Tun Ghafar Baba
-
Taiping
-
Langkawi
-
Kuala Kubu Bharu
-
Kubang Pasu
-
Kuala Berang
-
Alor Gajah
-
Kuala Terengganu
-
Serting
-
Pengkalan Hulu
-
Tawau
-
Kuching
-
Kepala Batas
-
Muadzam Shah
-
Merbok
-
Kota Putra
-
Pasir Salak
-
Pontian
-
Kuala Lipis
-
Terendak
-
Kota kinabalu
-
PDRM Kulim
-
Kuantan
-
Lenggong
-
Batu Pahat
-
Besut
-
Gemencheh
-
Jeli
-
Beseri
-
Bentong
-
Balik Pulau
-
Pendang
-
Mersing
-
Muar
-
Kuala krai
-
Betong
-
Transkrian
Cikgu Asrul balas mesej saya pukul 2 pagi tadi semata-mata nak beritahu yang senarai kedudukan MRSM untuk SPM 2010 berada di pejabat Pengetua. Saya hantar mesej melalui FB, tapi cikgu balas melalui SMS. Mana cikgu dapat nombor saya ya? (-_-)?
beliamuda: Pasti ada yang akan tanya, kenapa saya boldkan MRSM paling atas dan MRSM paling bawah. Sebabnya ialah, saya pernah menuntut di MRSM Transkrian (menengah rendah) dan MRSM Pengkalan Chepa (menengah atas).